SWM Environment Beri Sumbangan Kepada 25 Buah Keluarga.

(Seremban, 08.02.18) SWM Environment telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang penerima yang kurang berkemampuan dan lima orang pekerja SWM Environment sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam ucapan Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka & Negeri Sembilan, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman, program SWM Kasih Misi Sampul Merah adalah merupakan program tahun ketiga. Beliau berharap melalui aktiviti yang dijalankan ini dapat membantu golongan yang memerlukan.

Al’Ashari juga memberitahu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, program ini telah dilaksanakan di Kampung Baru Mambau pada pagi ini dengan kerjasama pemimpin setempat. SWM juga prihatin terhadap keperluan dan kebajikan warga emas yang kurang berkeupayaan untuk bekerja, mempunyai pendapatan yang rendah, ibu tunggal atau balu.

Pada tahun ini sejumlah 25 orang telah mendapat sumbangan dan lima orang daripadanya merupakan pekerja SWM Environment berketurunan Cina.

Beliau juga turut meminta penduduk untuk melakukan pengasingan sampah. SWM membuat kutipan sampah dapur dua kali seminggu dan sekiranya penduduk mempunyai sebarang masalah berkaitan kutipan sampah, penduduk boleh menghubungi 1-800-88-7472.

Ketua Biro Perundangan MCA, Encik Ng Kian Nam memberitahu SWM bukan sahaja syarikat yang membuat keuntungan tetapi prihatin terhadap aktiviti pemberian semula kepada komuniti.
Turut hadir sama ketika program tersebut adalah Puan Yap Siok Moy, Encik Chan Ti Meen, Cik Dafney Ho, Encik Khairul Adha dan Encik Mohd Shukri.