SWM Environment Beri Ganjaran Kitar Semula

(Seremban, 30.01.19) Ketua Pegawai Operasi, SWM Environment, Ho De Leong mengumumkan pihak syarikat melancarkan program KITAR3cycle, program yang memberikan ganjaran kepada orang ramai yang melaksanakan kitar semula. Melalui penglibatan orang ramai, jumlah janaan sampah ke tapak pelupusan juga dapat dikurangkan.

Orang ramai boleh membuat pendaftaran di laman sesawang (www.icycle-global.com) dan mendapatkan pelekat kod bar untuk ditampal diatas bungkusan barangan kitar semula. Terdapat 35 jenis barang kitar semula yang diterima seperti tin minuman aluminium, kertas dan sebagainya.

Beliau memberitahu bahawa sehingga kini jumlah taman yang terlibat adalah enam buah tanam dan akan diperluaskan lagi ke taman-taman perumahan yang lain. Beliau berkata begitu ketika menyampaikan ucapan beliau di Majlils Makan Malam SWM Environment Bersama Media.

Dalam ucapan beliau juga turut menyatakan penduduk yang terlibat dalam program KITAR3cycle boleh memilih ganjaran mengikut jumlah mata ganjaran yang dikumpulkan.