SWM ENVIRONMENT AWALKAN KUTIPAN SAMPAH DI 15 PBT BERMULA SABTU

(JOHOR BAHRU, 15 OGOS) Bersempena sambutan Aidiladha, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan menganjakkan jadual perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula dari 18 hingga 24 Ogos.

Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, Mohd Zan Arris dalam kenyataannya pada hari ini memaklumkan bahawa langkah tersebut dilaksanakan bagi mengelakkan longgokan sampah terlalu banyak sempena perayana tersebut. Langkah ini turut dilaksanakan bagi memenuhi keperluan orang ramai dan membantu mereka mengatur jadual pembuangan sampah sepanjang musim tersebut selain memberi kesempatan kepada tenaga kerja SWM Environment yang majoritinya beragama Islam meraikan perayan Aidiladha.

Tambah beliau, kutipan dan penyapuan jalan akan beroperasi seperti biasa di kawasan pusat bandar dan protokol pada 22 Ogos manakala kerja-kerja pembersihan longkang dan pemotongan rumput pula tidak beroperasi dan hanya kembali beroperasi pada 23 Ogos.

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh berhubung dengan SWM Environment melalui Talian 1-800-88-7472 atau Talian WhatsApp SWM 012-618 0082.