SWM Environment akan pantau pekerja

(KLUANG, 24 MAC) Pemantauan akan dilakukan oleh pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) bagi memastikan tong sampah beroda (TSB) di kawasan kaki lima bangunan komersil dekat Jalan Haji Manan diletakkan kembali ke tempat asalnya selepas kerja operasi dilaksanakan.
Menurut Penolong Pengurus Komunikasi Korporat SWM Johor, Cik Livingwater, pihak SWM Environment mengambil perhatian tentang laporan dan gambar yang telah disiarkan oleh pihak China Press tentang kedudukan TSB selepas kerja pengutipan dilaksanakan.
Dalam kenyataan balasnya, pihak SWM Environment akan menjalankan siasatan terperinci berhubung masalah tersebut dan dimaklumkan juga bahawa operasi pengutipan di kawasan tersebut dilaksanakan pada waktu malam berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.
Pihak SWM Envirnment memberi perhatian yang serius tentang masalah tersebut dan pemantauan yang ketat akan dilakukan bagi memastikan kerja pengutipan dapat dijalankan dengan lancar selain TSB tersebut ditempatkan di kedudukan asal bagi mengelakkan masalah halangan tersebut berulang.