SWM Bersih Pusat Penjaja Tampin

Summary: SWM cleaned drain debris.

(Tampin, 29.12.17) Pusat Penjaja Tampin mengalami masalah kotor dan longkang yang tersumbat. SWM telah diberikan tugas khas untuk membersihkan kawasan tersebut. Ketua Jawatankuasa Penduduk Tampin telah membuat lawatan di Pusat Penjaja tersebut pada pagi ini, beliau menyatakan baru-baru ini telah menerima aduan merujuk kepada masalah longkang yang tersumbat sehingga menjejaskan masalah kesihatan dan juga menyebabkan pelanggan tidak lagi berkunjung di situ.

Beliau menyatakan selepas menerima aduan tersebut, beliau telah membuat laporan kepada SWM dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau turut mengingatkan penjaja dan pelanggan untuk menjaga kebersihan bagi mengelakkan masalah sama berulang.