SWM Bantu Bersihkan Sampah Dan Minyak Yang Terperangkap

Summary: SWM cleaned drain debris.

(Nilai, 21.01.18) Kedai bernombor 19,20 dan 21 di Mantin telah mengalami masalah sampah dan sampah dapur yang tersumbat menyebabkan bau busuk serta perasaan tidak selesa kepada pekerja dan pemilik kedai.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Nilai telah menerima aduan tersebut, beberapa hari selepas itu pihaknya telah mengaturkan pembersihan bersama SWM bagi membantu membersihkan longkang yang tersumbat.

Ahli Majlis menyatakan akibat terlalu banyak sampah dan minyak dibuang ke dalam longkang, SWM telah menggunakan mesin penyedut bagi menyedut sampah dan minyak yang terperangkap di dalam longkang.

Beliau meminta pengusaha makanan untuk memasang perangkap minyak bagi menapis minyaj dan mengelakkannya daripada memasuki saluran longkang lagi.