SWM anjurkan program Krismas, sumbangkan RM3,000 kepada persatuan-persatuan kebajikan

(KLUANG, 22 DISEMBER) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah menyumbangkan sejumlah RM3,000 kepada Miriam Home Canossian, Agape Shelter Kluang dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Damo Kluang melalui penganjuran Program SWM Kasih Christmas Celebration & Back to School.

Turut disumbangkan adalah kelengkapan persekolah kepada 35 orang kanak-kanak dari dua buah rumah kebajikan yang telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Datuk Md. Jais Sarday. McDonald’s Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antara pihak yang telah turut terlibat.