SWCORP, SWM ENVIRONMENT, MPKK DAN MBMB MELAKUKAN GOTONG-ROYONG NAIK TARAF KEBERSIHAN DI JALAN BENDAHARA

Satu program gotong-royong melibatkan SWCorp, SWM Environment, MPKK dan MBMB telah diadakan di Jalan Bendahara. En. Sharudin, Pengarah SWCorp Melaka berkata, program gotong-royong ini telah dijalankan sempena Deepavali yang akan datang untuk membersihkan kawasan dengan lakukan aktiviti kebersihan. Beliau juga berkata, dengan usaha ini sekaligus menjadikan Melaka lebih bersih sekaligus memberi keselesaan kepada semua orang, termasuk pelancong.

Pegawai penguatkuasa akan membuat rondaan kawasan tersebut dengan kerap untuk memastikan tahap kebersihan yang baik. Seramai lebih kurang 30 orang yang telibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut. Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Tey Kok Kiew berkata, beliau berharap penduduk dan pelancong dapat menjaga kebersihan di Melaka. Dan ini adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan.
Turut hadir ahli majlis MBMB, Puan Jennifer dan Pengurus Wilayah SWM Environment, Dr. Al’Ashari.