SWCORP MEMBERSIHKAN JALAN MENJELANG PROGRAM DEEPAVALI

SWCorp telah menjalankan satu aktiviti pembersihan jalan di jalan bendahara untuk menyambut perayaan deepavali yang yang akan datang. Pembersihan merangkumi pembersihan sampah dan longkang. Ini dapat meningkatkan tahap kebersihan dan memastikan persekitaran yang bersih menjelang musim perayaan.

Menurut pengarah SWCorp Melaka, En. Sharudin, tidak lama lagi perayaan Deepavali akan menjelang tiba tidak lama lagi, maka pihak SWCorp telah mengadakan satu aktiviti permbersihan di jalan bendahara untuk memastikan tiada sampah diatas jalan raya dan pada masa yang sama membuat pembersihan longkang untuk memastikan logkang tidak tersumbat dan bersih.

Beliau juga berkata akan memastikan ppegawai penguatkuasa untuk meronda dan menggalakkan kegiatan pembersihan untuk memastikan persekitaran, jalan raya serta longkang bersih.

SWCorp telah menggerakkan 30 orang termasuk beberapa buah kenderaan pembersihan SWM Environment untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pada malam tersebut. Pada masa yang sama pegawai yang terlibatjuga melakukan edaran risalah disetiap kedai untuk meningkatkan kesedaran kepada umum tentang kebersihan selari dengan kesedaran dalam menjadikan negeri Melaka sebagai negeri yang bersih.

Beliau berharap peniaga dapat membuang sampah kedalam tong sampah yang telah disediakan untuk memastikan Melaka dalam tahap kebersihan yang tinggi. Menurut EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Tey, kebersihan dipersekitaran tidak seharusnya bergantung kepada pihak berkuasa semata, tetapi penduduk dan peniaga seharusnya mempunyai tanggungjawab dan perlu memainkan peranan untuk memestikan persekitaran Melaka dalam keadaan bersih supaya bandar Melaka sentiada didalam keadaan yang bersih dan selesa.