Summary: SWM Environment responded to the public complaint on the repeated illegal dumping issue at Kelapa Sawit, Kulai

(KLUANG, 27 SEPTEMBER) Warga SRJK(C) Chung Hwa di sini telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan sekolah selain memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang penjagaan kebersihan alam sekitar.

Aktiviti yang dianjurkan dengan kerjasama daripada pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) tersebut turut mendapat sokongan daripada Ketua Whip MCA Bahagian Kluang, En. Tan Xin Lai, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Yap Tau Sah, En. Lim Kian Wee, Pentadbir Cawangan SWM Environment, En. Zaidi Kardis dan Penolong Pengetua SRJK(C) Chung Hwa dan jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sepanjang berlangsungnya aktiviti tersebut, murid-murid telah terlibat membersihkan kawasan letak kenderaan manakala pihak SWM Environment pula telah menghantar seramai 10 orang tenaga kerja untuk bantuan pembersihan bersama jenetra seperti waterjet dan ultrawhack.

Dalam pada itu, En. Tan Xin Lai memberitahu bahawa keadaan longkang di sekolah tersebut ditumbuhi dengan rumput yang meliar sehingga menyebabkan pengalirannya tersumbat selain menjadi punca air longkang tersebut melimpah ke dalam kawasan sekolah apabila musim hujan. Beliau yang mewakili pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada pihak SWM Environment atas kerjasama yang telah diberikan.