Struktur pengaliran air longkang yang rendah sebabkan banjir kilat sekiranya hujan lebat

Malim Permai jalan 2/2 longkang disebelah kedai adalah rendah dan apabila hujan lebat, air longkang akan naik dan mengalir ke kawasan taman dan akan menyebabkan banjir kilat. Hujan lebat yang berlaku pada hari Isnin yang lalu telah mendatangkan banjir kilat yang menimpa penduduk taman tersebut dan telah mendatangkan kerugian.

Mr Chong, ahli majlis MPHTJ berkata pihak majlis sangat prihatin berkenaan dengan masalah banjir ini dan meminta pihak pegawai untuk melawat dan mengkaji sistem pengaliran air ditaman berkenaan.

Pihak majlis juga telah mengatur pekerja-pekerja dan lori SWM Environment untuk melakukan kerja-kerja pembersihan termasuk membersihkan longkang tersumbat. Beliau berkata struktur longkang di taman dan kedai adalah berbeza tambahan pula tanah ditaman adaah rendah apabila berlakunya hujan lebat, air longkang akan mengalir kedalam taman.

Mr Chong telah meminta pihak yang berkenaan untuk mengkaji sistem dan struktur pengaliran air longkang supaya dapat atasi masalah banjir kilat.