Sisa longkang yang tersumbat telah dibersihkan

Summary: SWM Environment cleared drain debris.

(Seremban, 05.05.17) Longkang bawah jalan di Jalan Temiang bertentangan dengan Sekolah Rendah Chan Hwa telah tersumbat menyebabkan air tidak dapat mengalir dan berbau busuk.

Pihak MCA Temiang telah meminta bantuan syarikat SWM untuk menangani masalah tersebut.

Yang Berhormat Siow Koi Voon telah berterima kasih kepada pasukan SWM kerana telah memberikan kerjasama terhadap aduan yang dilaporkan oleh penduduk kepada beliau terutamanya penduduk Temiang.