Sisa Elektronik Di Kutip Bermula Hari Ini Hingga 21 Oktober Di Lokasi Terpilih

(Seremban, 09.10.17) Barangan elektronik tidak boleh disimpan dalam rumah, masanya untuk dibuang dan dilupuskan.

Pada bulan ini bermula pada 2 hingga 21 Oktober 2017 sempena Hari Alam Sekitar Negara diadakan di Negeri Sembilan. Jabatan Alam Sekitar meminta orang ramai untuk melupuskan sisa elektronik (e-Waste)  dengan cara berhemah kerana barangan elektronik mempunyai logam berat yang beracun dan tidak boleh disimpan di dalam rumah.

Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Puan Norhazni Binti Mat Sari memberitahu, sempena Hari Alam Sekitar Negara, beliau mensasarkan barangan elektronik berskala besar dilupuskan bermula hari ini hingga 21 Oktober. Orang ramai boleh meletakkan barangan elektronik yang tidak digunakan di  tempat meletak kenderaan, d’Tempat Country Club.

Sasaran Mengumpulkan 60 Tan Sampah

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Encik Zainal Fitri Bin Hj Ahmad, memaklumkan terdapat unit yang akan membuat kutipan di setiap stesen pengumpulan barangan elektronik, orang ramai boleh menghantar barangan elektronik di enam lokasi stesen minyak Petron yang terpilih.

Pihak SWCorp mensasarkan 60 tan barangan elektronik dikumpulkan sepanjang tempoh tersebut. Beberapa lokasi seperti dewan orang ramai, pejabat Felda dan masjid sebagai pusat pengumpulan.

Turut hadir adalah Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan, SWM Environment Sdn Bhd, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman.

Norhazni memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan lessen untuk empat syarikat untuk membuat kutipan dan menghantar hasil kutipan di pusat pelupusan Bukit Nanas.

Barangan yang mengandungi logam berat dan beracun adalah berbahaya, hari ini, Jabatan Alam Sekitar melalui syarikat yang dilantik menguruskan barangan elektronik dengan sistematik.

Norhazni memaklumkan, bateri lampu dan kereta bukan dibawah kategori sisa elektronik, oleh itu pihaknya tidak akan menerima dua jenis sisa tersebut.

Hari Kutipan Kitar Semula Boleh Diletakkan Di Hadapan Rumah.

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan menyatakan mengikut siasatan yang dijalankan kepada 1,000 orang, lebih daripada 400 orang di rumah mempunyai sisa elektronik. Justeru itu, setiap isi rumah boleh menyumbangkan sisa elektronik mereka.

Beliau memberitahu terdapat 7 jenis barangan elektrik termasuklah TV, computer, mesin basuh, telefon mudah alih dan alat komunikasi lain. Penghawa dingin, peti sejuk dan barangan elektrik kecil yang kebiasaannya terdapat di rumah, daripada dibiarkan dan disimpan boleh dilupuskan di sekitar Seremban dan Nilai.

“Bagi penduduk yang tinggal di taman perumahan, hanya perlu meletakkan barangan elektronik di hadapan rumah ketika hari kutipan barangan kitar semula,” kata Pengarah SWCorp NS.

Zainal Fitri memberitahu, terdapat enam buah stesen minyak Petron yang akan terlibat sebagai stesen pengumpulan iaitu Putra Nilai, Mambau, Senawang 2, Bahau, Telok Kemang dan Labu. Lokasi tersebut mempunyai tong pengumpulan yang boleh memuatkan barangan elektronik bersaiz kecil.

Beliau turut memberitahu bateri lampu dan kenderaan bukan di bawah kategori barangan elektronik tetapi orang ramai boleh melupuskannya ketika hari kutipan barangan kitar semula. Lori SWM akan membuat kutipan tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kitar semula barangan elektronik, orang ramai diminta untuk menghubungi Talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 atau melayari laman Facebook “We care Ewaste”