Sin Chew Daily – Taman Bukit Beruang Bistari – Gotong-Royong Selepas Banjir

Telah berlaku satu banjir kilat pada bulan lepas di Taman Bukit Beruang Bistariyang telah menyebabkan sampah dan tanah telah menyumbatkan longkang di kawasan taman tersebut. Oleh sebab itu, pihak MPHTJ telah menghubungi pihak Jabatan Kesihatan, Bomba, SWM Environment dan unit yang terlibat untuk mengadakan satu kegiatan gotong secara besar-besaran di taman tersebut untuk kerja-kerja pembersihan dan untuk menguruskan semua sampah yang tertinggal akibat daripada banjir kilat yang berlaku. Ini dilakukan dengan tujuan supaya penduduk dapat hidup dalam persekitaran yang bersih dan sihat.

Menurut ahli majlis MPHTJ, Mr Loh, kegiatan gotong royong ini adalah untuk membersihkan taman yang telah dilanda banjir kilat pada bulan yang lepas. Akibat daripada banjir kilat yang berlaku, terlalu banyak sampah yang memenuhi longkang selain tanah yang mengikut arus air. Pihak SWM Environment bersama pihak bomba telah menggunakan lori Ultra Whack untuk membersihkan longkang yang tersembat tersebut. Gotong royong tersebut mendapat sambutan oleh penduduk di taman itu.