Sin Chew Daily – Pengasingan sisa pepejal di punca, tambah zon bersih – antara 3 inisiatif Johor Maju

Summary: SWM Johor South distributed 31 boxes of necessities to the unfortunate families through SWM Kasih Santun Deepavali Program

(JOHOR BAHRU, 12 Oktober 2017) Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan Eco Inisiatif yang bertujuan untuk memacu negeri Johor menuju sebuah negeri maju dan hijau dengan memperluas sistem kawasan letak kenderaan, pengasingan sisa pepejal di punca dan penambahan zon bersih.

Halatuju tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Md. Jais Sarday yang mewakili Menteri Johor pada hari ini, di sini.

Beliau memberitahu bahawa perkhidmatan awam yang disediakan perlu ditingkatkan dari segi kecekapakan, amanah dan integriti selri dengan pembangunan. Peningkatan mutu perkhidmatan amat penting selari dengan ekonomi negara yang sedang membangun, pembangunan akan terjejas sekiranya perkhidmatan masih disampaikan dalam cara lama.

Halatuju yang dilancarkan bersempena Ekspo Johor Berkemajuan tersebut telah turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Salehuddin Hassan, Setiausaha Bahagian Perumahan dan Kerajaan Negeri Johor, Mohd Khir Johari, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Abd Rahim Nin dan Ketua Whip MBJB, Aziz Duha.

DATUK JAIS: MEMPERLUAS SISTEM ELEKTRONIK DI KAWASAN LETAK KENDERAAN

Md. Jais juga menambah bahawa sistem bayaran elektronik tidak dapat dielakkan dan pihak kerajaan negeri bakal memperluas sistem tersebut di seluruh kawasan letak kenderaan di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memudahkan orang ramai. Pelaksanaan sistem tersebut akan bermula secara berperingkat pada bulan hadapan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Majlis Daerah Segamat (MDS).

Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang penguatkuasaan kaedah pengasingan sisa pepejal di punca (PSDP) yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Jelas beliau, semua kawasan PBT di negeri Johor telah melaksanakan kaedah tersebut yang dilihat membantu dalam mengurangkan kawasan pembiakan nyamuk. Beliau memberitahu bahawa pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) misalnya telah bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memproses biodesel melalui langkah pembelian minyak masak terpakai daripada peniaga dan orang ramai pada harga Rm1 bagi setiap kilogram sejak Februari 2014. Sehingga Oktober tahun ini, pihak MPPG telah membeli sebanyak 3600 kg berbanding tahun lalu sebanyak 4985kg, tahun 2015 sebanyak 3748 kg dan 2014 sebanyak 1332 kg.

PUPUK BUDAYA SIFAR SAMPAH

Selain itu, Md. Jais juga berkata bahawa setiap PBT akan mewujudkan sekurang-kurangnya satu Zon Bersih dan bagi menjayakannya, pihak kerajaan negeri akan bekerjsama dengan pihak SWM Environment untuk menambah bilangan tong sampah bagi mengurangkan sampah yang dibuang di merata-rata tempat sekaligus dijangka mampu mencapai sasaran 22% kutipan barangan kitar semula berbanding 17.5% pada masa kini.

Beliau juga menggalakkan pihak PBT untuk menganjurkan program Town Hall bagi merapatkan hubungan antara pihak PBT dan orang ramai.

Md. Jais juga mengambil kesempatan tersebut untuk membuat penyerahan kunci rumah kepada 15 orang pemilik kediaman PR1MA, Taman Laman Indah. Beliau jugua menyeru agar orang ramai membuat permohonan skim perumahan tersebut secara atas talian bagi memudahkan proses penyelarasan dan semakan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Maklumat permohonan juga perlu disemak selepas setahun permohonan dibuat bagi mengelakkan pemohon daripada terlepas peluang.