Sin Chew Daily – Jalaluddin Meminta Peniaga Untuk Menunjukkan Semangat Patriotisma Dengan Menggantung

(Seremban, 25.08.17) Kebanyakkan premis perniagaan tidak menunjukkan minat untuk menggantung Jalur Gemilang. Yang Berhormat Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias meminta premis perniagaan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisma dengan menggantung Jalur Gemilang.

Jalaluddin menyatakan sempena Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi, beliau telah menerima laporan yang menyatakan hanya terdapat beberapa kawasan perniagaan yang masih lagi tidak prihatin terhadap pemasangan Jalur Gemilang di premis perniagaan mereka.

“Kita telah hampir menyambut 60 tahun Hari Kebangsaan, tanpa mengira kaum, walaupun datang daripada berbilang agama dan perbezaan politik seharusnya mempunyai kesedaran patriotism.

Beliau telah menyatakan pihak kerajaan turut memberi Jalur Gemilang secara percuma, dan terdapat beberapa premis perniagaan tidak mahu menerima Jalur Gemilang yang diberikan. Beliau percaya bahawa alasan yang diberikan tidak perlu berlaku kerana sebagi rakyat Malaysia, ianya adalahsebahagian daripada tanggungjawab sebagai seorang rakyat kepada negara.

Beliau mahu pengusaha perniagaan bekerjasama diantara satu sama lain untuk memasang Jalur Gemilang bersama-sama menyambut sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Terdapat juga stesen-stesen keretapi yang masih tidak memasang Jalur Gemilang, telah meminta unit mereka untuk memasang dengan segera Jalur Gemilang sebelum tamatnya sambutan Hari Malaysia.

3R Troopers

Giat Melaksanakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar

Jalaluddin telah menghadiri majlis sidang media 3R Troopers yang dianjurkan oleh SWM Environment Sdn Bhd dengan kerjasama KTM Komuter.

Beliau menyatakan aktiviti kesedaran alam sekitar diharap dapat menyemai kesedaran awam terhadap perlindungan alam sekitar, oleh itu, pihak berkuasa pada pagi ini dari stesen Nilai hingga ke Pulau Sebang telah dilaksanakan bagi mempromosikan aktiviti ini.

Beliau berkata turut diedarkan risalah kepada orang ramai, stesen keretapi juga akan memulakan pengasingan sisa pepejal dan akan diperluaskan ke seluruh stesen keretapi.