Sin Chew Daily – Jadual khusus SWM Environment sempena cuti umum

Summary: SWM Johor imposed flexible service schedule during public holiday.

(JOHOR BAHRU, 30 OGOS) Pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah mengaturkan jadual pengutipan sampah yang khusus bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, jadual pengutipan sampah di tujuh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bahagian selatan seperti kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Kulai, Pasir Gudang, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing akan dianjakan sehari awal bermula pada 26 Ogos sehingga 2 September.

Manakala, perkhidmatan pengutipan sampah pada 1 September akan dianjakkan pada 2 September 2017 bagi lapan kawasan PBT di bahagian utara seperti Muar, Batu Pahat, Kluang, Tangkak, Labis, Segamat, Yong Peng dan Simpang Renggam.

Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, En. Mohd Zan Arris berkata, penganjakkan jadual tersebut dilaksanakan bagi membolehkan majoriti pekerja SWM Environment menyambut Hari Raya Aidiladha dan juga setelah mengambil kira faktor cuti umum yang panjang.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang masalah atau pertanyaan kepada pihak SWM Environment melalui Talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 atau talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.