Sin Chew Daily – Beratus guni tanah dibersihkan akibat tanah runtuh selepas hujan lebat berterusan selama 3 jam

(BATU PAHAT, 27 SEPTEMBER) Pihak SWCorp melalui SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah membantu pemilik kediaman yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh selepas hujan yang lebat berlarutan selama tiga jam. Hampir 100 guni tanah telah dibersihkan dari kediaman tersebut dengan melibatkan seramai 20 orang tenaga kerja SWM Environment.

Hujan lebat yang betrusan selama tiga jam telah menjadi punca berlakunya kejadian tanah runtuh yang menjejaskan sebuah kediaman di Jalan Kelapa Mawar, Taman Soga.

Pemilik kediaman, Pn. Lau Ah Moi telah memaklumkan tentang kejadian tersebut kepada Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat merangkap Ketua Wanita MCA Bahagian Batu Pahat, Pn. Lau Qiu Peng. Kejadian berkenaan telah dipanjangkan kepada pihak SWCorp dan SWM Environment oleh Ketua Whip MCA Bahagian Batu Pahat, En. Kang Meng Kuang.

Menurut En. Kang Meng Kuang, kawasan lapang di belakang rumah berkenaan adalah tanah persendirian. Ketiadaan tembok penahan telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Katanya, pihak SWM Environment menjangkakkan kerja pembersihan yang dilaksanakan atas dasar tanggungjawab sosial tersebut dijangkakan selesai dalam masa dua hari.

Untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berulang, pihak MPBP akan mengeluarkan notis kepada pemilik tanah tersebut bagi dilaksanakan langkah yang sewajarnya. Ketua MCA Cawangan Taman Soga, En. Lee Hoe Hua akan bersama mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Turut hadir dalam pembersihan tersebut adalah Pengurus Cawangan SWCorp Batu Pahat dan Yong Peng, En. Molzairy Yahya, pgeawai perhubungan awam SWM Environment, En. Choo Chiau Seng dan Ahli MPBP, En. Teo Wee Tiong.