SEBANYAK 180 BUAH SEKOLAH DARI NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN JOHOR MENYERTAI WMAM ECO YOUTH CHALLENGE

WMAM mengadakan Eco Youth Challenge untuk penyertaan 3 buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dimana melibatkan 180 buah sekolah menengah mengikut pecahan dimana Melaka sebanyak Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing sebanyak 40 buah sekolah manakala Johor sebanyak 100 buah sekolah. Menurut penasihat WMAM, En Zamri, Eco Youth Challenge ini adalah untuk meninjau kebolehan murid sekolah dari segi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Beliau juga berkata program ini telah mendapat tajaan Yayasan Coca Cola dan bekerjasama dengan pihak SWM Environment dan juga Jabatan Pendidikan di 3 negeri yang terlibat. Pertandingan ini akan bermula dari bulan Februari sehingga bulan September dan antara acara yang dirangka adalah termasuklah jelajah pendidikan 3R, pertandingan kutipan barangan kitar semula, laporan kelestarian alam sekitar, pertandingan video pendek #wastenot dan program sampah marin.

Beliau juga berkata projek sampah di pantai akan melibatkan 10 buah sekolah yang jaraknya dalam linkungan 10 kilometer dari pantai. Ini telah melibatkan Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing dengan 3 buah sekolah dan Johor dengan 4 buah sekolah. Ini adalah bertujuan untuk memulihkan kebersihan pantai daripada tercemar. Sekolah yang menang dalam pertandingan akan membawa pulang hadiah yang bernilai RM40000.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengurus Wilayah SWm Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’Ashari bin Haji Othman; Ketua Unit Kokurikulum JPN Melaka, Jamsari Mariman dan Pengurus Operasi SWM Environment Melaka, En Hisham Hussin