Sampah Tersumbat Di Taman Bunga Raya Mantin Telah Dibersihkan.

Summary: SWM NS cleaned drain debris.

(Nilai, 03.08.17) Akibat kurang kesedaran sivik, sampah dibuang sesuka hati telah membawa kepada masalah yang lebih serius terhadap sistem perparitan yang tersumbat dan berbau busuk di pusat perniagaan Taman Bunga Raya Mantin.

Ahli Majlis , Encik Lai telah menerima aduan dan telah menghubungi SWM Environment Sdn Bhd (SWM). Pihak SWM telah menghantar pekerja dan jentera pembersihan bagi membersihkan lokasi yang terjejas akibat saluran yang tersumbat.