Sampah Dibersihkan Di Merlimau

Tong RORO dipasar merlimau yang telah menybabkan bau busuk telah mengganggu peniaga setempat dan perkara ini telah diadukan kepada Ahli Majlis MPHTJ, Mr Lai dan dengan bantuan beliau masalah ini diselesaikan.

Mulai terima aduan mengenai tong roro yang diletakkan dibelakang pasar bersebelahan dengan longkang besar dan tidak tahu siapa yang telah mengalihkan di jalan yang lebih kecil. Perkara ini telah menghalang peniaga untuk menurunkan dan menaikkan barang dan pada masa yang sama sampah yang penuh didalam tong roro dan mengeluarkan bau yang busuk.

Mr Lai telah melawat tapak dan terdapat seorang peniaga berkata sampah didalam tong roro menggunung dan tidak diurus. Cuaca yang panas telah menyebabkan sampah tersebut mengeluarkan bau yang busuk. Beliau berkata tong sampah tersebut penuh adalah disebabkan juga oleh pembuangan oleh orang luar.

Peniaga ayam pula berkata tong sampah itu sebenarnya telah dialihkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mengganggu peniaga menurun dan menaikkan barang. Pihak SWM telah menghantar pekerja untuk membantu dalam membersihkan kawasan dan tong roro dan telah juga tolong mengalihkan tong tersebut ke tempat asal dan telah menyelesaikan masalah.