Sampah Di Hadapan Avenue Stars Telah Dibersihkan Di Bandar Ban Lock Bahau

Calon MCA Bahau Encik Choong Wan You, menyatakan bahawa sampah di dalam longkang di kawasan itu adalah serius menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan mencetuskan bau busuk.Selepas penduduk membuat aduan kepada beliau, beliau telah menghubungi SWM Environment bagi menyelesaikan masalah tersebut.Choong memberitahu bahawa syarikat SWM telah menghantar jentera bagi melakukan kerja pembersihan di kawasan itu. Selepas bekerja keras, sampah dan kotoran di dalam longkang telah berjaya dibersihkan.

Beliau memberitahu sampah yang dibersihkan adalah disebabkan manusia itu sendiri. Selagi orang ramai mempunyai nilai moral yang tinggi, masalah sampah pasti dapat dikurangkan.

Beliau turut meminta peniaga pasar malam untuk menjaga kebersihan pada hari Sabtu.

Pihak majlis perlu memberi perhatian yang lebih terhadap isu ini. Sekiranya semua orang memberikan kerjasama, ianya dapat mengurangkan sampah di dalam longkang.

Beliau merayu kepada orang ramai sekiranya terdapat sebarang masalah dan memerlukan bantuan penyelesaian, boleh menghubungi beliau secara terus di 016-335541.