RUMAH SAMPAH’ TELAH DIBERSIHKAN. KEJIRANAN TIDAK LAGI TAKUT SERANGGA DAN ULAR MASUK KE RUMAH MEREKA

Sebuah rumah yang dipanggil sebagai Rumah Sampah di taman Nam Seng dimana rumah ini dipenuhi sampah seperti gunung dan akhirnya dapat dibersihkan. Keadaan ini telah mengganggu penduduk di taman tersebut selama 10 tahundan akhirnya masalah ini dapaat diselesaikan. Rumah sampah ini teletak di Jalan Kenanga 3/22, Taman Nam Seng.
Sebelum ini, penghuni adalah warga cina yang gemar mengutip barangan kitar semula dan simpannya didalam rumah. Memandangkan penghuni telah berpindah dan barangan kitar semula tersebut ditinggalkan tidak diurus dan timbunan sampah semakin tinggi setinggi gunung. Rumah sampah yang terbiar itu, lama-kelamaan telah ditumbuhi rumput liar yang banyak dan mendatangkan ular dan serangga.

Mr. Chau menerima aduan daripada penduduk dan telah datang untuk melawat rumah tersebut dan melaporkan kepada pihak PBT untuk pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pihak PBT telah cuba menghubungi pemilik rumah dan mengarahkan 10 pekerja untuk melakukan pembersihan untuk rumah tersebut. Beliau berkata pemilik rumah tersebut tidak diambil tindakan kerana telah memberi sepenuh kerjasama untuk membersihkan rumah sampah tersebut.

Pada hari pembersihan rumah sampah tersebut, mereka telah menggunakan 2 tong roro untuk mengeluarkan barang-barang kitar semula dan rumah tersebut. Selepsa melakukan pembersihan, bau busuk telah dapat dihapuskan.