RM 1.5 Bilion Bagi Tujuh Buah Negeri Untuk Amal Kitar Semula.

(Kuala Lumpur, 22.10.18) Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion bagi kos mengitar semula sampah di tujuh buah negeri bagi mencapai sasaran kadar kitar semula kebangsaan 30% menjelang 2020.

Terdapat tujuh buah negeri yang telah menandatangani kontrak. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM71.5 bilion. Sekiranya terdapat keperluan untuk menambah dana, pihak kerajaan akan melakukan perbincangan semula.
148 Buah Tapak Pelupusan

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah memberikan maklum balas ketika sidang media yang diadakan pada pagi ini selepas majlis perasmian Persidangan International Solid Waste Associatioan (ISWA) 2018.
Beliau memberitahu negeri yang terlibat adalah Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Pahang.

Negara kita sehingga kini mempunyai 148 buah tapak pelupusan dan hanya mempunyai 18 insinerator. Beliau menjelaskan tapak pelupusan tersebut adalah dibawah bidang kuasa kerajaan tempatan. Kementerian telah mengambil alih tapak pelupusan di tujuh buah negeri. Lokasi tersebut akan dinaik taraf kepada insinerator.

Dalam masa yang sama teknologi sisa kepada tenaga akan diperkenalkan. Beliau menjelaskan bahawa sampah bukan seperti asap yang akan hilang dengan sendirinya terutamanya seperti sisa pepejal. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah juga memberitahu data terkini kadar pengasingan sisa dan kitar semula di Malaysia adalah 24%, jauh lebih rendah daripada 70% di Singapura dan Hong Kong.

Kerajaan merancang untuk meningkatkan kadar kitar semula sekurang-kurangnya 30% menjelang 2020.

Turut hadir sama adalah Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Antonis Mavropolous, Presiden ISWA dan Encik Ho De Leong, Pengerusi WMAM.