PUSAT KITAR SEMULA DI ALOR GAJAH MENDAPAT TONG RORO

Alor Gajah – Pusat Kitar Semula di Kampung Permai Macap Umboo telah menerima satu unit tong roro untuk mengelakkan kejadian pembuangan sampah haram berlaku semula. Pusat Kitar Semula yang teletak dibelakang pasar Macap Umboo telah dijadikan tempat pembuangan sampah haram termasuklah sampah-sampah pukal. Sampah-sampah tersebut telah dibuang diatas lantai dan keadaan dikawasan tersebut agak menjijikkan dan kotor.

Menurut pengerusi JKKK Macap Umboo Mr Chua, rundingan bersama pihak berkuasa telah mendapatkan satu unit tong roro untuk diletakkan di Kampung Permai Macap Umboo untuk menyenangkan penduduk kampung untuk membuang sampah pukal dan untuk mengelakkan kejadian sampah haram ditepi jalan.

Mr Chua juga menyeru penduduk Kampung Permai memberi sepenuh kerjasama dan juga memahami kesedaran untuk menghantar barang-barang yang boleh dikitar semula ke Pusat Kitar Semula JKKK Kampung Permai Macap Umboo.