PROGRAM WMAM ECO YOUTH CHALLENGE 2018 PUPUK AMALAN LESTARI DALAM KALANGAN MURID

(JOHOR BAHRU, 5 MAC) Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment), Yayasan Coca Cola dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan telah melancarkan Program WMAM Eco Youth Challenge 2018.Program yang berlangsung dari Februari sehingga September itu bertujuan untuk memupuk amalan lestari dalam kalangan murid dari 180 buah sekolah menengah telah dilancarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tn. Shaharudin Sharif dan turut dihadiri oleh Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, En. Mohd Zan Arris.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengurusan SIsa Malaysia (WMAM), En. Ho De Leong memaklumkan program tersebut dianjurkan bagi memperluas jalinan kerjasama antara rakan rentas industri yang peka terhadap alam sekitar. Program yang berteraskan konsep Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga untuk membentuk kesedaran murid tentang kepentingan pembungkusan yang boleh dikitar semula.

Program yang berlansung selama lapan bulan dengan tema pemeliharaan alam sekitar akan mempertandingkan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM40 ribu. Negeri Johor mencatat penyertaan paling tinggi iaitu sebanyak 100 buah sekolah.