Program SWM kasih raikan kepelbagaian budaya

Summary: SWM Johor organised SWM Kasih Christmas Celebration & Back To School Programme at Kluang

(JOHOR BAHRU, 24 DISEMBER) Berteraskan konsep Muafakat Johor yang digagaskan oleh kerajaan negeri Johor, pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah tampil meraikan kemajmukan masyarakat Malaysia bersama warga Johor dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bersempena dengan perayaan Krismas, pihak SWM Environment telah tampil meraikan warga emas dari Miriam Home Canossian yang turut disertai oleh kanak-kanak dari Agape Shelter Kluang dan Damo Childrens’ Home.

Pengurus Wilayah Johor, En. Mohd Zan Arris berkata, program SWM Kasih tersebut merupakan peluang untuk pihak syarikat menyumbang kembali kepada masyarakat dan meraikan keunikan dan kemajmukan masyarakat Malaysia.

Program SWM Kasih pada kali ini turut dijayakan oleh McDonald’s Malaysia, Lee Biscuits Sdn. Bhd. dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Seramai 35 orang kanak-kanak dari kedua-dua rumah kebajikan telah menerima kelengkapan persekolahan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Md. Jais Sarday.

Pihak SWM Environment turut menyalurkan sumbangan SWM Kasih berjumlah RM1,000 kepada Miriam Home Canossian berserta bantuan pembersihan dan sejumlah RM2,000 lagi masing-masing disumbangkan kepada kedua-dua rumah kebajikan kanak-kanak yang terpilih tersebut.