Press Conference and Iftar SWM Environment with the media

Summary: Press Conference and Iftar SWM Environment with the media

SWM meminta tapak pelupusan baru kerana Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang telah mencapai kapasiti maksimum dalam tempoh 3 tahun. SWM berharap pihak kerajaan dapat mempercepatkan cadangan pembinaan sebuah tapak pelupusan sampah yang baru untuk atasi tapak pelupusan yang sedia ada di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang yang telah mencapai tahap maksimum.

Menurut Pengurus Wilayah SWM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’Ashari, kerajaan negeri telah mengusulkan cadangan kepada kerajaan pusat untuk peruntukkan sebidang tanah bersebelahan dengan Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang yang sedia ada dengan pembinaan tapak pelupusan baru.

Beliau juga berkata tapak sedia ada adalah 10 ekar telah mencapai tahap maksimum dan mencadangkan pembinaan tapak pelupusan yang baru. Beliau berkata dalam Sidang Media Operasi SWM menjelang Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udangtelah digunakan semenjak tahun 2014 dan mengikut perancangan Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang boleh digunakan selama 5 tahun tetapi kapasiti sampah yang terlalu banyak telah membuatkan Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang mencapai tahap kapasiti yang maksimum awal dari yang dijangka.

Beliau berkata sampah pukal termasuk dahan-dahan pokok dan perabut lama yang terlalu banyak yang dibuang di tapak pelupusan sekarang adalah menjadi faktor utama menyebabkan tapak itu mencapai kapasiti maksimum. Negeri Melaka hanya ada satu Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang dan kapasiti sampah harian yang mencecah 1000 tan.

Menurut Dr. Al’Ashari, kapasiti sampah dijangka meningkat menjelang Ramadan dan Hari Raya. Jumlah sampah dijangka meningkat dibulan puasa kerana terdapat pembuangan sampah pukal dan perabut lama.

SWM akan memantau dan membersihkan sampah di taman-taman dan berharap penduduk akan lebih awal mengemas dan sekiranya ada sampah pukal boleh dikeluarkan dengan lebih awal. Beliau juga berkata semasa hari raya ramai yang akan pulang ke kampong dan juga kehadiran pelancong yang akan menambahkan jumlah sampah dan SWM akan tingkatkan kekerapan pembersihan.

Pihak SWM juga akan memberi perhatian khusus dan memantau  di kawasan-kawasan perlancongan dan berharap pelancong tidak membuang sampah merata-rata. Turut hadir di sidang media tersebut adalah Penguus Besar Karporat SWM Environment, En. Kamarul Ariffin bin Ibrahim dan juga Pengurus Operasi Wilayah En Hisham bin Hussin.