PIHAK MAJLIS HARUS LAKUKAN GOTONG ROYONG SETIAP MINGGU. MR CHIA: PERBAIKI MASALAH PEMBERSIHAN

Mr Chia, Dun Kesidang berkata pihak majlis sepatutnya mengadakan kegiatan gotong royong pada setiap minggu dalam membersihkan taman untuk memperbaiki masalah kebersihan di kawasan-kawasan taman. Beliau berkata demikian semasa aktiviti gotong royong yang dianjurkan oleh pihak MBMB di taman Asean. Beliau berkata, Dun Kesidang adalah kawasan yang mempunyai banyak masalah kebersihan seperti longkang tersumbat, sampah bersepah dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu beliau juga berkata pihak SWM Environment telah memberi kerjasama yang baik dalam kegiatan gotong royong di Malim Jaya dengan menghantar pekerja untuk membersihkan lumpur di dalam longkang untuk 6 unit rumah kedai yang terbiar. Selain daripada itu, Sek. Bachang juga ada meminta pihak majlis untuk mengadakan kegiatan gotong royong dan mohon peruntukan.

Ahli majlis, Mr Chia menyeru penduduk untuk bersama menyertai secara beramai-ramai untuk setiap kegiatan gotong royong yang dianjurkan oleh pihak majlis. Beliau tegaskan penduduk juga mempunyai tanggungjawab dalam beerjasama dengan pihak majlis dan pihak SWM Environment dalam penganjuran kegiatan gotong royong. Beliau mendapati kebanyakkan penduduk tidak ingin menyertai kegiatan ini dikebanyakan taman dan berharap dengan kerajaan baru, setiap penduduk dapat menyertai kegiatan gotong royong ditaman masing-masing.

Beliau berkata penduduk penduduk seharusnya tidak terlalu bergantung kepada kerajaan semata atau pihak yang berkaitan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tetapi penduduk seharusnya bertanggungjawab dan beri sepenuh kerjasama untuk menyertai kegiatan gotong royong yang diadakan untuk kebaikan bersama.