Perangi Denggi Di Kawasan Yang Dikenalpasti Pembiakan Nyamuk Aedes. 400 Orang di Tampin Terlibat Dalam Gotong-Royong.

(Tampin, 31.07.18) Negeri Sembilan memerangi kawasan pembiakan nyamuk aedes yang telah dikenalpasti dengan menganjurkan aktiviti Gotong-Royong 1.0 turut melibatkan 400 orang!

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Tampin bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, Yang Berhormat S. Veerapan.

Beliau telah merasmikan program tersebut dan berterima kasih kepada semua unit yang telah menghantar wakil bersama-sama terlibat di dalam program itu.

Antara yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan Daerah Tampin, Jabatan Polis Daerah Tampin, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Daerah Tampin, pertubuhan NGO dan unit khas.

Veerapan menyatakan pada masa ini terdapat 10 buah lokasi di Negeri Sembilan telah diklasifikasikan sebagai kawasan hitam bagi penyakit demam denggi. Antaranya ialah Seremban, 8 buah kawasan, Port Dickson 1 buah kawasan dan 1 kawasan lagi adalah di Jempol.