Penuh Dengan Sampah Yang Terbakar. Tong Sampah Besar Di Jalan Seng Meng Lee Dialihkan Untuk Elak Masalah

Summary: SWM cleaned filthy waste

(Seremban, 11.12.17)  Sampah besar dibuang di dalam tong sampah sehingga menjadikan penduduk yang tinggal berdekatan dengannya tidak dapat kehidupan yang selesa. Malah malam semalam insiden kebakaran di kawasan itu telah menjejaskan kehidupan penduduk untu berehat.

SWM adalah syarikat yang menyediakan tong sampah tersebut enam bulan lalu di Jalan Seng Meng Lee berdekatan dengan Jalan Templer. Perletakkan tong tersebut telah mengundang masalah kepada penduduk.

Penduduk terpaksa menutup tingkap setiap masa bagi mengelakkan bau busuk masuk ke dalam rumah serta menjejaskan kualiti tidur penduduk.

Penduduk memberitahu sampah yang dibuang di dalam itu bukan sahaja sampah biasa, tetapi sampah seperti tilam, bahan binaan dan kaca. Terdapat lori yang datang membuang sampah di kawasan itu sehingga menyebabkan sampah melimpah diatas jalan dan menarik perhatian kucing serta anjing liar menyelongkar sampah itu.

Kejiranan itu telah menjalankan gotong-royong membersihkan kawasan itu pada 19 November lalu, selepas kerja pembersihan dilakukan kejadian yang sama berlaku dan menjadikan penduduk dalam keadaan teruk.

Kejadian Kebakaran Berlaku

Menurut penduduk, sekitar jam 10 malam pada 11 Disember, terdapat tilam yang tiba-tiba terbakar, penduduk mendapati api yang marak telah hampir memusnahkan wayar elektrik, kejadian itu menyedarkan banyak pihak bahawa situasi yang berlaku itu tidak pernah terfikir akan terjadi. Penduduk merasa risau masalah itu tidak dapat diselesaikan dan kejadian seperti itu akan berulang lagi.

Menurut penduduk, mereka memahami sampah yang dibuang adalah daripada penduduk dan mereka juga percaya terdapat orang luar turut membuang sampah disitu kerana mereka sering melihat terdapat lori yang membuang sampah di tong sampah itu. Penduduk tidak menghalang kerana tong sampah itu milik awam dan penduduk memejamkan sebelah mata.

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima laporan kebakaran, SWM Seremban dan SWCorp pula telah datang membuat siasatan, membersihkan sampah-sampah dan menarik semula tong sampah besar itu bagi menyelesaikan masalah penduduk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat: Puntung Rokok Punca Kebakaran

Tong sampah di lokasi itu telah menyebabkan 300 penduduk terkesan. Kejadian kebakaran yang berlaku adalah disebabkan oleh individu yang melalui kawasan itu membuang punting rokok di dalam timbunan sampah. Bukan sahaja masalah itu, sampah yang dibuang di kawasan itu mengundang binatang liar seperti ular sepanjang 4 kaki masuk ke dalam rumah penduduk.

Beliau menjelaskan walaupun kerja-kerja pembersihan dilaksanakan, ianya masih tidak dapat menyelesaikan masalah itu kerana sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab menjadikan tempat itu seperti tapak pelupusan.

Orang Luar Membuang Sampah

Penduduk Puan Lee (71 tahun) memberitahu beliau sentiasa ternampak lori membuang sampah di kawasan itu.

Beliau menyatakan terdapat sesetengah orang kurang kesedaran sivik. Walaupun sebelum ini tiada tong sampah disediakan lorong belakang rumahnya kelihatan seperti tapak pelupusan dan menjejaskan kehidupan mereka. Ular dan tikus memberikan masalah kepadanya dan beliau sentiasa menaburkan belerang di sekeliling rumah bagi mengelakkan binatang liar masuk ke dalam rumahnya. Tingkap dan pintu pula sentiasa ditutup bagi mengelakkan bau busuk masuk ke dalam rumah.

Gesa Tangkap Pembuang Sampah Haram

SWM telah menarik semula perletakkan tong sampah itu bagi mengelakkan masalah sama berlaku. Penduduk diminta untuk bekerjasama memantau dan menangkap pembuang sampah haram di kawasan itu dengan mengambil gambar sebagai bukti untuk dibawa kepada pihak berkenaan.

Surat amaran akan dikeluarkan oleh pihak berwajib dan diambil tindakan undang-undang sekiranya berulang lagi. Encik Titan juga turut mengingatkan orang ramai kesedaran sivik perlu diambil kira bagi melindungi alam sekitar.

Beliau meminta penduduk yang mempunyai masalah untuk menghubungi SWM di talian 1-800-88-7472.