Pengunjung Ramai Ketika Cuti. Tandas Awam Di Pantai Port Dickson Tidak Mencukupi.

(Port Dickson, 07.10.18) Apa kuragnya pantai Port Dickson? Menjadi tandas awam!

Pantai PD mempunyai pantai yang panjang di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 8 buah pantai yang menarik di Port Dickson. Ia amat dikenali dikalangan pelancong dari negara China. Setiap kali cuti atau musim pelancongan, sudah pasti ramai orang dan popularitinya meningkat.

Baru-baru ini, tempat ini telah dipilih oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen. Oleh itu, Port Dickson menerima lebih lagi perhatian.

Komuniti Negeri Sembilan telah membuat lawatan di Batu 8 dan Batu 4 yang popular dengan kedatangan ramai pelancong.
Dikenali daripada pelancong tempat menarik ini mempunyai kekurangannya. Tandas awam yang tidak mencukupi dan berharap pihak kerajaan dapat memperbaikinya.

“Gambaran”
Tong sampah dapat dilihat di merata-rata tempat di Port Dickson ditambah pula dengan kerja pembersihan yang dilakukan setiap hari. Keadaan kebersihan adalah baik!

Peniaga

Aida: Tahap Kualiti Air Perlu Diperbaiki

Aida (23), peniaga yang menjalankan perniagaan barangan cenderahati di Batu 8 Port Dickson menyatakan terdapat tiga buah tandas awam di sepanjang pantai. Setiap kali cuti tiba, ianya tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang hadir.

Kadangkala air tandas juga tidak mencukupi dan mempunyai masalah bekalan air. Adalah menyukarkan ketika berhadapan dengan kedatangan pengunjung yang ramai dan memerlukan penambahbaikan.

Selain itu, ruang tempat meletak kenderaan yang tidak mencukupi menghalang pengunjung datang ke pantai.

Dari segi tahap kebersihan adalah baik. SWM telah menghantar pekerja untuk membersihkan pantai setiap hari. Tiada sampah di pantai. Jumlah tong sampah juga mencukupi dan teratur serta lebih baik daripada dahulu.

Sudah tentu, kami berharap Ahli Parlimen yang dipilih dapat memberikan perubahan kepada tempat ini kerana ini adalah tempat tarikan pelancong.

Pengunjung

Bismi: Perlu Tambah Tong Sampah

Pengunjung Bismi (23 tahun) percaya bahawa perkara penting di kawasan tersebut adalah kemudahan tandas awam kerana setiap kali cuti ramai orang akan menggunakannya. Adalah mengecewakan tandas awam menghadapi masalah bekalan air. Saya berharap kerajaan dapat memandang serius hal ini dan mencari penyelesaian dengan menambah lagi tandas awam.

Sebagai pengunjung, saya melihat persekitaran yang bersih dan kemas. Hanya perlu menambah tong sampah. Ini kerana ketika musim cuti tong sampah dijangka akan penuh dengan cepat.

Beliau sentiasa datang di kawasan ini kerana keadaan yang teratur dan kerosakan kemudahan adalah kurang.

Izan: Tandas Awam Sukar Dikenalpasti

Izan (28 tahun), datang membawa keluarga untuk berkhemah pada pertama kali memberitahu secara keseluruhan keadaan persekitaran adalah baik. Banyak tong sampah disediakan dan tiada masalah sampah. Hanya kewujudan tandas awam sukar dikenalpasti dan beliau beranggapan tiada tandas disediakan.

Saya merasakan keperluan penambahan tandas awam adalah perlu dan percaya ketila cuti tidak dapat menampung jumlah kedatangan pengunjung.

Beliau datang dari Kuala Lumpur ke Port Dickson kerana jarak yang dekat. Sekiranya kemudahan dapat ditambah baik, saya percaya lebih ramai pelancong luar negara dan ahli keluarga dapat menikmati waktu percutian.

Penjaga

Penjaga sukarelawan (44 tahun) di Pantai Batu 4 kawasan perkhemahan Port Dickson memberitahu hanya terdapat satu tandas awam di kawasan tersebut. Apabila tiba musim cuti terdapat masalah tandas yang tidak mencukupi dan perlukan perubahan.

Saya telah tinggal di kawasan ini sekian lama dan mendapati kawasan ini kekurangan lampu. Ketika malam, ramai orang merasa tidak selamat.

Ramai orang datang untuk berkhemah di kawasan ini. Sekiranya kemudahan lampu mencukupi adalah lebih baik. Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat memasang kemudahan lampu yang mencukupi.

Beliau percaya kawasan setempat adalah kawasan pelancongan dan ramai pelancong luar negara datang melawat. Adalah penting untuk memberikan imej yang baik. Kawasan persekitaran adalah bersih dan setiap hari terdapat pekerja yang melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah perlu dikekalkan.