Penduduk Taman Ametis Bergotong-Royong Pulih Kebersihan Kawasan

Summary: SWM helps in cleaning debris(Tampin, 21.12.17) SWM telah menerima permohonan daripada penduduk Taman Ametis untuk melakukan pembersihan di kawasan riadah bersama mereka. Dalam masa tiga jam kawasan itu telah dapat dibersihkan.

Wakil penduduk memaklumkan mereka aktif melakukan aktiviti tai-chi bagi meningkatkan motivasi penduduk setempat. Oleh itu kawasan yang bersih dan terjaga perlu bagi memberikan hasil terbaik.

Beliau amat berterima kasih kepada wakil penduduk yang telah berusaha dan membuat pembahagian pekerja pembersihan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan serta membaik pulih kemudahan yang telah rosak.

Beliau turut meminta pihak berkuasa memantau kawasan itu dari masa ke semasa bagi memastikan tiada penduduk melakukan kerosakan.