Pembuangan Sampah Binaan Menghalang Jalan Terpencil Di Air Salak

Summary: SWM Environment help in cleaning clogged drains around Melaka Raya area

Disepanjang jalan kecil yang terpencil di Air Salak menghala ke Sungai Udang terdapat pembuangan sampah binaan disepanjang jalan tersebut. Jalan ini digunakan penduduk yang menaiki motosikal dan kadang-kadang mengakibatkan tayar motosikal mereka bocor akibat daripada terdapat paku-paku yang bersepah dijalanan. Pihak penduduk telah membuat aduan kepada Ahli Majlis MBMB, Mr Chua dan Penghulu, Mr Lim berkata, sepanjang 150 meter laluan sepanjang jalan tersebut dilimpahi dengan sampah binaan. Beliau juga meminta pihak berkuasa untuk melakukan pembersihan.

Ada penduduk berkata pernah ternampak sebuah lori kecil setiap hari lebih kurang jam 7 pagi dan juga jam 7 malam akan melalui jalan kecil ini dan membuang sampah disepanjang jalan tersebut. Mr Chua berkata, beliau pernah membuat laporan kepada pihak majlis dan beliau akan menghubungi pihak SWM untuk melakukan pembersihan. Selain daripada itu, beliau juga akan meminta pihak majlis untuk mengorek longkang dengan tujuan untuk menghalang lori daripada masuk ke tempat tersebut.