Pembersihan Pantai Port Dickson. Anwar Jangka 100 Orang Sukarelawan Membersihkan Pantai.

(Port Dickson, 29.12.18) Anwar telah menunaikan janji mengetuai 100 orang dalam kerja pembersihan di lima buah pantai Port Dickson.

Semasa kempen pilihanraya, Dato’ Seri Anwar telah menyatakan ketidakpuashatian beliau terhadap masalah sampah di pantai Port Dickson. Beliu telah berulang kali menyatakan akan mengetuai kerja pembersihan pantai bagi membersihkan sampah.

Selepas tiga bulan, dengan kerjasama beberapa unit di Port Dickson, akhirnya saya dapat menjayakan penganjuran program Pembersihan Pantai Port Dickson pada pagi ini dan mendapat penglibatan lebih daripada 100 orang sukarelawan untuk kerja pembersihan pantai.

Kerja pembersihan pantai dijalankan di lima buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Tanjung Gemok dan Pantai Tanjung Biru.

Anwar telah merasmikan progam Pembersihan Pantai Port Dickson dan turut menjemput orang ramai untuk turut serta bersama beliau membersihkan pantai. Walaupun ketika itu cuaca hujan rintik-rintik.

Pantai merupakan tumpuan pelancong di Port Dickson. Oleh itu, pantai Port Dickson perlu sentiasa bersih. Anwar menekankan bahawa pihak berkuasa sentiasa melakukan kerja-kerja pembersihan. Orang ramai perlu meningkatkan kesedaran dengan tidak membawa sampah ke Port Dickson, jika semua orang melakukan perubahan, pantai Port Dickson akan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Pihak SWM telah menghantar anggota seramai 35 orang dan enam buah kenderaan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan pantai dalam masa tiga jam bagi kesemua lima buah pantai. Mengikut data SWM, pantai Port Dickson dibersihkan tujuh kali seminggu.