Pembersihan Longkang Telah Dilaksanakan Di Bahau.

(Bahau, 10.10.18) Kerja pembersihan di Bahau adalah bagi mengelak kejadian banjir. SWM Environment Jempol, Jabatan Saliran dan Pengairan Jempol, Majlis Daerah Jempol bersama-sama ahli majlis dan penduduk kampung telah bekerjasama membersihkan rumput dan lalang yang tumbuh di longkang monsun Taman Meranti. Program tersebut telah diketuai oleh Yang Berhormat Teo Kok Seong.Teo Kok Seong menyatakan aktiviti tersebut dilakukan khas di Bandar Meranti. Keperluan untuk membersihkan sampah adalah tepat pada masanya bagi mengelak daripada longkang tersumbat sehingga mencetuskan banjir.

Beliau memberitahu kerja pembersihan yang dilaksanakan adalah tidak sukar kerana longkang hanya dipenuhi rumput dan lalang. Dalam masa yang sama aktiviti gotong-royong bersama ini dapat dilaksanakan dengan kerap bagi memastikan air tidak bertakung atau mencetuskan banjir pada masa akan datang.

Teo menambah, menjaga kebersihan persekitaran di Bahau adalah tanggungjawab semua. Tidak memadai hanya kerajaan melakukan secara sendirian. Orang ramai perlu bekerjasama dengan tidak membuang sampah sesuka hati.

Beliau memberitahu aktiviti sebegini diharapkan mendapat kerjasama daripada orang ramai dan penglibatan mereka pada masa akan datang. Sampah tidak dibuang sesuka hati. Bahau akan menjadi lebih indah. Anda dan saya bersama-sama mewujudkan persekitaran yang lebih baik.