PEMBERSIHAN LONGKANG DAN RUMPUT, SEMBURAN KABUS UNTUK MENGHALAU NYAMUK – TAMAN ABADI BERSIH

Parti Gerakan bersama Majlis Hang Tuah Jaya telah mengadakan kegiatan gotong royong di Taman Abadi, Malim Jaya dijalan 24 dan 26 telah mendapat sambutan yang baik dan telah mendapat kerjasama dari pihak SWM Environment untuk membersihkan persekitaran taman, pembersihan longkang dan juga pembersihan padang permainan.

Menurut Mr Chong, ahli majlis MPHTJ, Taman Abadi merupakan taman yang tertua di Melaka dan terdapat banyak kerosakan dari segi fasiliti termasuk longkang dan taman permainan.
Beliau akan terus mengekalkan taman permainan dijalan 26 sebagai tempat rekreasi orang awam. Sebelum ini, pihak majlis telah mengeluarkan simen penutup longkang untuk menghalang kenderaan memasuki taman permainan sebagai tempat parkir kenderaan

Menggunakan 10 minit seminggu untuk membersihkan rumah dan takungan air

Menurut Mr Chong, pihak majlis akan memperbaikistruktur longkang yang rosak disepanjang taman permainan untuk mengelakkan gangguan sistem pengaliran longkang. Selain daripada itu, Mr Chong berkata, kegiatan gotong royong hari ini telah mendapat bantuan daripada jabatan kesihatan dimana pegawai jabatan kesihatan telah mengedarkan risalah dan telah membuat semburan kabus dikawasan tersebut.
Beliau telah menyeru penduduk taman memperuntukkan 10 minit setiap minggu untuk membersihkan persekitaran rumah terutama tempat yang terdapat takungan air untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
Memelihara persekitaran yang bersih dan cantik adalah tanggungjawab semua. Turut hadir adalah Datuk Chong, Pengerusi Malim Jaya, Miss Goh, Pengerusi Wanita Bukit Katil dan lain-lain.