PEMBERIAN ANGPAU KEPADA 4 KELUARGA KURANG MAMPU OLEH SWM ENVIRONMENT

SWM Environment Melaka telah melawat 4 keluarga kurang mampu dimana pihak SWM meraikan mereka dengan pemberian angpau dan barangan keperluan mereka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Menurut Dr. Al’Ashari Hj. Othman, pihak syarikat telah menghantar pekerja untuk melakukan kerja-kerja pembersihan disekeliling kawasan rumah keluarga tersebut untuk mencantikkan lagi rumah mereka dan berharap mereka menyambut tahun baru cina dalam keadaan yang bersih.

Pihak SWM juga mengadakan sesi menggaul YeeSang yang menjadi simbolik sempena perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama 4 keluarga yang terlibat. Dr. Al’Ashari berkata pihak syarikat mengadakan aktiviti ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan amat berharap menyumbang dan memberi kegembiraan kepada keluarga yang kurang mampu untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Beliau juga menggalakkan orang ramai laksanakan kitar semula untuk memulihara alam sekitar yang bersih. Sekiranya terdapat sebarang aduan boleh berhubung terus di talian 1-800-88-7472.