PEMANSUHAN PEPERIKSAAN TAHAP SATU, GALAK PERGAULAN SESAMA RAKAN SEBAYA

(PEKAN NANAS, 21 DISEMBER) Kerajaan Negeri Johor menyambut baik langkah pengumuman Kementerian Pendidikan yang bakal memansuhkan peperiksaan tahap satu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan memaklumkan bahawa langkah tersebut dapat membangunkan setiap murid dengan pemantauan berterusan daripada ibu bapa berbanding sistem penilaian peperiksaan selain menggalakkan pergaulan sesama rakan sebaya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan program SWM Kasih jom Sekolah dan mengagihkan sumbangan keperluan persekolahan kepada 30 orang murid terpilih dari kawasan Pekan Nanas pada hari ini, di sini. Program tersebut telah turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan Pengarah Eksekutif, SWM Environment, Dr. Uzir Abdul Malik.Aminolhuda dalam pada itu turut meminta agar lebih banyak pihak swasta yang tampil melaksanakan sumbangan tanggungjawab sosial korproat mereka kepada anak-anak yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Dr. Uzir berkata, program SWM Kasih Jom Sekolah tersebut telah menyalurkan sumbangan keperluan persekolahan kepada 30 orang murid selain turut menyumbang RM50 setiap murid dalam bentuk pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidkan Nasional (SSPN).