Pelancong China Puji Pantai PD Bersih.

(Port Dickson, 17.08.18) Ketika YB Teo Kok Seong melakukan lawatan kerja di pantai, beliau telah menemui empat orang pelancong dari Guangzhou, China. Beliau telah bertanyakan berkenaan kebersihan pantai Port Dickson dan telah menerima maklum balas positif. Pelancong tersebut secara spontan akan mencadangkan kepada rakan-rakan mereka untuk datang ke Port Dickson.

Perlukan Kerjasama Daripada Pelbagai Pihak

Beliau memberitahu bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Aminuddin Bin Harun, menekankan kepentingan kebersihan pantai Port Dickson. Beliau telah datang membuat lawatan atas arahan YAB Menteri Besar bersama-sama Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam, Pegawai SWCorp Cawangan Port Dickson, Encik Mohd Irwan dan beliau turut diberikan penerangan ringkas oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson, Tuan Ahmad Hashim.

Pada masa ini, syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal telah menghantar pekerja untuk membersihkan pantai bermula jam 6:00 pagi hingga 8:30 pagi. Ini bagi membolehkan pengunjung tidak melihat pekerja membersihkan pantai dan membuatkan pengunjung berasa selesa.

Beliau memberitahu orang awam, pengunjung dan peniaga perlu memberikan kerjasama menjaga kebersihan pantai Port Dickson.

Dalam masa yang sama, Teo Kok Seong juga berasa gembira bahawa Pakatan Harapan telah berjaya melaksanakan janji 100 hari bagi kerajaan Negeri Sembilan. Antara janji yang telah ditunaikan adalah dengan mewartakan status kewangan dan mengekalkan cukai pintu.