Pasir Bertaburan Ancam Keselamatan Pengguna Jalanraya

Summary: SWM cleaned debris on the road

(Nilai, 10.12.17)  Jalan Perak, Nilai  berhadapan dengan syarikat Ingress Precision Sdn Bhd menghadapi masalah jalan yang teruk, Jabatan Bomba & Penyelamat dan SWM telah membersihkan jalan tersebut bagi mengelakkan risiko kemalangan kepada pengguna jalanraya tersebut.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Nilai, Ketua Penduduk Kampung Baru Nilai telah datang melihat kawasan tersebut ketika kerja-kerja pembersihan dilaksanakan.

Badan Lori Perlu Ditutup Sebelum Bergerak.

Lori yang melalui jalan dengan membawa pasir dan tanah tidak ditutup dan menyebabkan pasir dan tanah jatuh diatas jalanraya. Selepas Ahli Majlis menerima laporan tersebut, beliau telah menghubungi pihak Jabatan Bomba & Penyelamat dan SWM untuk menjalankan kerja pembersihan.

Beliau memberitahu lori yang membawa pasir dan tanah perlu menutup barangan yang dibawa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini kepada pengguna jalanraya yang lain.