Pasar Merlimau Basah dan Ada Takungan Air

Tong Roro dipasar Merlimau sentiasa penuh sehingga boleh mengeluarkan bau busuk dan tambahan pula terdapat lubang-lubang disekeliling tog sampah sehingga menyebabkan keadaan menjadi teruk dan busuk. Mr. Chia dari pihak DAP telah melawat tapak tersebut selepas menerima aduan daripada penduduk. Menurut penduduk yang menetap disana, kekerapan pembersihan sampah disekeliling tong sampah adalah tinggi tetapi kebelakangan ini hanya terlihat kerja-kerja pembersihan dilakukan sebanyak 2 kali seminggu sahaja. Ini menyebabkan timbunan sampah yang terlalu banyak sehingga menyebabkan bau yang busuk

Penduduk meminta tong roro yang sedia ada dialihkan ke satu tapak yang lain dan bukan diletakkan bersebelahan dengan pangsapuri dan kedai sehingga mengganggu penduduk dari segi bau busuk. Mr Chia telah menghubungi pihak Majlis untuk melaporkan masalah ini dan meminta pihak Majlis untuk menghubungi SWM Environment untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut. Menurut Mr Chia, Pihak SWM dengan pantas mengambil laporan itu dan kerja-kerja pembersihan telah selesai dilakukan dan beliau minta pihak berkuasa untuk memberi perhatian untuk mengelakkan masalah yang sama berulang.