Pakaian Lama Akan Diberikan Kepada Mereka Yang Memerlukan.

 

(Seremban, 21.01.18) Kerajaan Negeri Sembilan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah bersama-sama melaksanakan kempen kitar semula pakaian lama.
Sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina, orang ramai kini tidak mempunyai sebarang isu untuk melupuskan pakaian lama atau fabrik yang tidak mahu lagi digunakan.
Cara untuk melakukannya amat mudah, orang ramai hanya perlu membungkus pakaian lama atau fabrik di dalam beg plastik, mengikatnya dengan kemas dan kemudian meletakkannya di hadapan rumah bersebelahad dengan tong sampah beroda pada hari kutipan sekali seminggu oleh pekerja.

Fabrik Tidak Boleh Basah

Fabrik yang boleh dikitar semula termasuklah jeans, selimut, cadar, pakaian, kasut, beg, seluar, tudung, langsir dan tuala. Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai pakaian atau fabrik tidak boleh basah dan mesti berada dalam keadaan kering.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakannya semasa sidang media pada hari ini.
Beliau juga memberitahu pakaian atau fabrik yang dikumpulkan boleh diguna semula untuk memberi bantuan kemanusiaan bagi mereka yang terjejas akibat kejadian banjir, kebakaran dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan boleh memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
Beliau turu memberitahu sejak tahun 2017 dan akan datang, unit berkaitan telah melancarkan kempen 3R bagi menjaga alam sekitar.

Dinamakan Reduce, Reuse dan Recycle bagi mencapai sasaran 22% kadar kitar semula pada tahun 2020. Matlamat kadar kitar semula telah mencapai 29%, Walau bagaimanapun, tanpa sebarang halangan, matlamat akan terus meningkat. Saya percaya ia akan mencapai 30% pada tahun 2020.
Pengarah SWCorp NS menyatakan fabrik yang dikumpulkan boleh dibuat beg sekolah, pakaian atau apa sahaja produk menggunakan fabrik lama.

Beliau juga memberitahu pihaknya mensasarkan untuk mewujudkan sebanyak 60 Independent Area menjelang tahun 2020. Independent Area dilabelkan sebagai kawasan putih berikutan tiada KPI dan aduan selama enam bulan berturut-turut.

Melalui penglibatan dan kerjasama penduduk setempat, kawasan tersebut bersih dalam segala aspek seperti sampah , rumput, longkang dan jalan. Setakat ini Taman Arowana Indah di Seremban 2 telah terpilih untuk menjadi taman bagi Independent Area.