NSCMH Dan MCA Prihatin Memberikan Sumbangan Kepada Pekerja SWM Cermin Mata dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma.

(Seremban, 05.03.18) Prihatin kepada pekerja 3D, amat berterima kasih kepada mereka.Puan Yap Siok Moy, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Seremban merangkap Ketua Wanita MCA Bahagian Rasah telah menyumbangkan sejumlah 150 pasang cermin mata dan pemeriksaan kesihatan kepada pekerja SWM Negeri Sembilan bagi menghargai usaha dan dedikasi mereka bekerja untuk masyarakat.

Puan Yap menjelaskan pekerjaan 3D adalah Kotor (Dirty), Sukar (Difficult) dan Merbahaya (Dangerous), merujuk kepada pendapatan yang rendah dan kerja keras yang hanya segelintir sahaja individu yang sanggup melakukannya.

Bagi membalas jasa mereka, Puan Yap telah datang ke pejabat SWM NS untuk melakukan pendaftaran mendapatkan cermin mata kepada pekerja dan kemudian cermin mata tersebut akan dihantar kepada pekerja.

Puan Yap dan pasukannya telah mengaturkan pemeriksaan kesihatan daripada hospital NSCMH bagi para pekerja 3D secara percuma dan telah mendapat maklumbalas yang positif. Pemeriksa kesihatan akan datang semula pada minggu hadapan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada para pekerja SWM.
Aktiviti ini mendapat sokongan penuh daripada SWM NS dan akan disenaraikan sebagai program tanggungjawab sosial korporat. Turut hadir sama adalah Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman dan Pengurus Operasi SWM NS, Encik Tee Wei Ming.

Puan Yap juga menggesa semua rakyat berbilang bangsa hidup dalam keadaan harmoni di Malaysia dan tidak menghancurkan keharmonian tersebut.