MR TAN : MEMERLUKAN PENUTUP TONG SAMPAH. GOTONG ROYONG DIADAKAN CEGAH DENGGI

Walaupun wabak denggi tidak menyerang penduduk Taman Kota Laksamana, tetapi phak Jabatan Kesihatan mengambil tindakan untuk membanteras dengan mengadakan kegiatan gotong-royong untuk meningkatkan tahap kesedaran penduduk. Kegiatan gotong-royong ini disertai oleh pihak MBMB, SWM Environment, SWCorp, Kumpulan Tzu Chi dan MPKK Kota Laksamana untuk menjayakan program ini.

Ahli Majlis MBMB, Mr. Tan berkata, tahap kebersihan pangsapuri Kota Laksamana tidak memuaskan. Dengan itu, untuk meningkatkan kesedaran penduduk untuk memelihara alam sekitaryang bersih, mereka mengadakan satu kegiatan gotong royong bersama-sama dengan penduduk untuk membersihkan longkang, mencantas dahan pokok dan lain-lain.

Menurut Mr. Tan juga, sejak kerajaan baru mengambil alih pemerintahan, kegiatan iniadlah kali yang kesembilan diadakan di Dun Kota Laksamana. Pada tahun ini pula adalah kali yang kedua diadakan di Dun Kota Laksamana.

Diharapkan melalui program seperti ini, dapt meningkatkan tahap kesedaran penduduk dan pada masa yang sama dapat memelihara kebersihan persekitaran keliling menjelang perayaan Tahun Baru Cina.