MR CHIA MENYERU PBT MENINGKATKAN PEKERJA MENGURUS SAMPAH PUKAL

Setiausaha DAP, Mr Chia mengingatkan kepada 4 PBT untuk menambah pegawai pemantau disetiap taman perumahan menjelang Tahun baru Cinadan pada masa yang sama meminta kontraktor pembersihan untuk mengkaji kekerapan pembersihan. Beliau berkata sebelum Tahun Baru Cina, masyarakat cina akan melakukan pembersihan rumah dan akan membuang sampah pukal seperti perkakas rumah, perabut dan sebagainya.

Jika perlu pihak PBT perlulah meminta pihak kontraktor pembersihan meningkatkan kekerapan pembersihan untuk memenuhi penambahan sampah pukal. Beliau telah menghubungi pihak SWM Environment berkaitan tong roro yang penuh di Jasin, berdekatan pasar malam dan berharap pihak SWM Environment dapat meningkatkan kekerapan kutipan sampah menjelang Tahun Baru Cina. Selain daripada itu, beliau juga menyeru ahli majlis Jasin perkara berkaitan sepanjang jalan masuk ke pasar yang telah rosak dan berlubang. Juga terdapat takungan air dan berbau busuk.

Beliau juga berkata kawasan tersebut adalah sempadan MPHTJ dan MPJ dan Mpj telah memberi maklum balas dimana kawasan ini adalah dibawah kelolaan MPHTJ. Beliau telah menghubungi JKR berkaitan keadaan jalan yang rosak tetapi pihak JKR mohon untuk rujuk perkara berkenaan kepada pihak MPJ dan sehingga hari ini tiada tindakan diambil.