MR CHIA : 3 BULAN 2 KALI TERJADI BANJIR KILAT

Pihak Majlis seharusnya memberi perhatian lebih dalam pembersihan longkang mengikut jadual yang tepat. Dalam masa 3 bulan telah berlaku 2 kali kejadian banjir kilat di kawasan Jasin. Setiausaha DAP Melaka, Mr Chia meminta pihak MPJ untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam pembersihan longkang, lumpuh dan ketetapan jadual pembersihan untuk mengelakkan berlakunya banjir kilat yang akan menyusahkan penduduk sekitar Jasin. Beliau juga berkata, pada pagi berlakunya banjir kilat telah terjadinya hujan hujan yang lebat dikawasan berhampiran BSN cawangan Jasin dan sekaligus telah menyebabkan banjir kilat.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kereta telah tenggelam termasuk banyak kedai dan perumahan yang telah dimasuki air. Setelah air surut, beliau telah menghubungi pegawai dari JPS Jasin dan selepas melakukan tinjauan pegawai dari JPS telah mengesahkan masalah banjir kilat ini bukan disebabkan oleh kapasiti longkang yang tidak dapat menampung air tetapi dipercayai saluran longkang didapati tersumbat dengan lumpur sehingga menyebabkan saliran air tidak lancar yang menyebabkan banjir kilat.

Lumpur di dalam longkang setebal setengah kaki

Mr Chia telah membuat lawatan tapak dan meminta pegawai majlis untuk pohon bantuan daripada SWM Environment untuk menyelesaikan masalah takungan lumpur didalam longkang dimana lumpur ini adalah setebal setengah kaki. Selepas SWM membuat kerja-kerja pembersihan lumpur dan longkang, pengaliran air telah manjadi lancar semula seperti sedia kala.
Beliau juga berharap kerajaan negeri untuk menggunakan cukai dengan sebaik-baiknya untuk rakyat supaya dapat meningkatkan sistem pengaliran air untuk mengelakkan kejadian banjir ini kerap berlaku.