MERLIMAU,JASIN – HUJAN LEBAT, BANJIR KILAT TELAH MENELAN 5 UNIT RUMAH KEDAI DAN PENDUDUK

23 Mei 2018 – Semalam petang berlaku satu hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat dang longkang tersumbat sehingga air hujan telah memasuki sebuah kedai hardware dan rumah penduduk yang telah menyebabkan kerugian harta benda. Barang-barang hardware banyak yang telah ditenggelami air dan pekerja bergegas mengalihkan barang ketempat yang lebih tinggi dan ianya memenatkan.

Mr Choo, pihak MCA telah menerima aduan daripada Mr Yau dan telah pergi melawat tapak tersebut dan meminta pihak SWM menghantar pekerja ke kawasan kejadian untuk membersihkan longkang dengan mengalihkan tanah supaya air longkang dapat mengalir dengan lancar dan air hujan menjadi surut.

Mr. Yau juga berterima kasih kepada Mr. Choo telah menbantu menyelesaikan masalh ini. Beliau berharap pihak berkuasa meletakkan jadual pembersihan longkang dan SAM untuk mengelakkan banjir kilat berlaku lagi