Menteri Besar Lawat Kawasan Yang Terjejas Akibat Banjir. Serah Sumbangan Barangan Asas Kepada Penduduk Kampung Linggi.

(Port Dickson, 17.09.18) Penduduk kampung di Linggi telah rosak akibat banjir. Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Haji Aminuddin Bin Harun telah mengetuai jabatan kerajaan di Port Dickson dengan membuat lawatan ke kawasan yang terjejas akibat bencana. Dalam masa yang sama, kerja-kerja pembersihan dan penyerahan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa bencana turut dilaksanakan.

Unit yang turut hadir adalah Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, SWM Environment, MPPD dan Jabatan Kesihatan.

Turut hadir bersama Aminuddin adalah Exco Negeri, YB Nicole Tan dan Encik Rosli, Kordinator Pakatan Harapan Bahagian Linggi.

Mereka berjalan ke setiap rumah mangsa dan menyampaikan takziah kepada mereka. Menteri Besar telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Saliran dan Pengairan untuk mendalamkan longkang bagi memastikan air hujan dapat mengalir dengan cepat.

Beliau menyatakan terdapat 8 buah rumah yang terjejas akibat bencana tersebut termasuklah enam keluarga Melayu, Cina dan India. Tiga daripadanya adalah serius dan telah dipindahkan ke pusat pemindahan di balairaya manakala lima lagi isi rumah masih tinggal di rumah mereka.