MENGAJAR PENONTON TIDAK MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA. JANGAN MENINGGALKAN SAMPAH SETELAH MENONTON PERLAWANAN BOLA SEPAK

Setiap kali perlawanan bola sepak yang diadakan di stadium Hang Jebat akan timbulakan masalah sampah yang banyak yang ditinggalkan oleh penonton. Oleh yang demikian pihak pengurusan Perbadanan Stadium Melaka telah mengaturkan satu kempen Kesedaran Kebersihan dan Kitar Semula Kami Sayang Melaka untuk mendapatkan sampah sifar. Kempen ini akan diadakan semasa perlawanan antara pasukan Melaka United menetang PDRM untuk menggalakkan dan mendidik penonton untuk tidak membuang sampah merata-rata dan pada masa yang sama diharap dapat mengurangkan sampahdi stadium dan juga berharap dapat mencapai objektif sampah sifar di Melaka.

Encik Nick Yong, Pengerah eksekutif Perbadanan Stadium Melaka berkata di dalam sidang media yang telah diadakan di stadium Hang Jebat, aktiviti dalam kempen ini akan dianjurkan bersama-sama pihak SWM Environment, SWCorp Melaka dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. Beliau juga berkata,setiap kali selepas perlawana di stadium, jumlah sampah yang dijana oleh pihak penonton sangat banyak sehingga mencecah 1.5 tan sampah.

Pengagihan Plastik Biodegrasi

Untuk mengelakan sampah yang bertaburan didalam stadium, Perbadanan Stadium Melaka, SWM Environment dan SWCorp akan mengadakan aktiviti sampah sifar pada hari Jumaat mengharapkan kegiatan ini akan dapat diteruskan di setiap perlawanan yang berlangsung di stadium Hang Jebat. En. Nick berkata, pada perlawanan Jumaat ini, petugas-petugas akan mengagihkan sejumlah 1500 plastik bag kepada penonton pada masa yang sama di dalam dan luar stadium. Seramai lebih kurang 150 orang petugas dari Perbadana Stadium Melaka, SWM Environment, SWCorp Melaka dan PTHM yang akan bertugas pada hari perlawanan antara Melaka United ,menentang PDRM untuk kempen kebersihan ini.

En. Nick juga berkata, petugas yang bertugas dipintu keluar masuk stadium untuk mengagihkan plastik bag dan berharap melalui aktiviti ini penonton akan memasukkan sampah didalam plastik bag yang telah diagihkan. CEO PTHM juga berkata, pihak perbadanan stadium akan bekerjasama untuk mengerakkan kempen kebersihan Kami Sayang Melaka ini. Plastik yang diedarkan akan lupus sendiri antara 10 hingga 12 minggu dan menggalakkan penonton untuk melakukan aktiviti Kitar Semula.